Perkuburan Al-Baqi'Dalam kamus Arab As-Shihah, perkataan Baqi', bererti sesuatu tempat yang terdapat akar pepohonan daripada pelbagai jenis. Dalam kitab Ad-Durra At-Tsamin oleh Syinqiti dituliskan perkataan Baqi', bererti tanah gambut yang tidak berbatu. Tanah jenis ini sangat sesuai untuk dijadikan perkuburan. Di Madinah terdapat banyak tanah jenis ini, seperti Baqi' Al-Khail, Baqi' Az-Zubair dan lain-lain.
Kawasan ini dahulunya dipisahkan oleh sebuah kampung yang sangat besar iaitu perkampungan Harra Al-Aghwat yang berada di sebelah timur Masjid Nabawi. Kebanyakkan kalangan penjaga adalah untuk memberi khidmat kepada Masjid Nabawi serta sekelilingnya.
Di perkuburan Baqi' telah mengebumikan seramai 10,000 orang sahabat Rasulullah SAW. Di situ juga dimakamkan puteri-puteri Baginda, Fatimah Az-Zahra, Ruqayyah, Ummu Khaltum , Zainab dan Ibrahim. Tiada yang mengetahui nama-nama sahabat yang dimakamkan di sana, kecuali sebahagian ulama dan ahli keluarga mereka. Hal ini kerana kubur-kubur ini tidak diletakkan nama atau tanda-tanda yang dapat dikenali.
Perluasan PertamaPerkuburan Al-Baqi' pernah mengalami perluasan sebanyak dua kali pada masa pemerintahan raja-raja As-Saud. Perluasan pertama adalah dari Raja Faisal bin Abdul Aziz yang mengarahkan supaya perkuburan Al-Baqi' Al-Gharqad diperluaskan sebanyak 5,929 meter persegi dengan menggabungkan perkuburan Baqi' Al-Ammat (keluasan 3,493 meter persegi) dan perkuburan Az-Zuqaq (keluasan 824 meter persegi) yang terletak di antara Baqi' Al-Ammat dan Baqi Al-Gharqad dan sebidang tanah berbentuk tiga segi yang berada di sebelah utara Al-Baqi' luasnya 1,612 meter persegi.
Kemudian, kawasan perkuburan ini di pagarkan dengan pagar konkrit pada tahun 1390 Hijrah dan di dalamnya di bina jalan daripada simen untuk memudahkan laluan orang ramai dalam menguruskan pengebumian jenazah ketika hujan.
Perluasan Kedua Pada zaman pemerintahan Raja Fahd bin Abdul Aziz, keluasan perkuburan Al-Baqi' ditambah sehingga mencapai 174,962 meter persegi dan ianya diletakkan pagar setinggi empat meter dan panjangnya 1,724 meter. Pagar ini dibina berlapiskan batu marmar berbentuk separuh bulat dan empat persegi. Bahagian lubang pada tembok pagar ini dihiasi keluli hitam, manakala di bahagian hadapan dibina pintu gerbang sebagai pintu utama yang disertai dengan pintu-pintu masuk yang diperindahkan dengan ukiran.