Bukit Tsur terletak di tengah-tengah Makkah, kira-kira 4 km dari  sebelah selatan Masjidilharam. Tinggi bukit ini ialah sekitar 458 meter. pendakian gbukit ini untuk sampai ke puncak (gua) memerlukan masa lebih kurang 1 jam setengah. pada masa sekarang kawasan bukit ini dikenali dengan nama "Hayyu al-Hijrah" iaitu di kawasan  Kudai.

Gua Thur ini merupakan tempat di mana Rasulullah s.a.w dan sahabatnya Abu Bakar r.a bersembunyi ketika mereka dalam perjalanan hijrah ke Madinah ancaman pembunuhan kaum Kafir Makkah.
Secara fizikal dunia berketinggian sekitar 1.25 m dengan panjang dan lebarnya sekitar 3.5m x 3.5m. Ia mempunyai dua pintu iaitu satu di sebelah barat dan satu lagi di sebelah timur. Pintu di sebelah barat merupakan pintu digunakan oleh Rasulullah s.a.w. Pintu sebelah barat ini tingginya kira-kira 1m, manakala pintu lagi satu lebih luas dan ia sengaja dibuat untuk kemudahan orang ramai keluar masuk.

Gua ini telah disebut dalam Al-Quran iaitu surah al-Taubah ayat ke 40:

ثَانِىَ ٱثۡنَيۡنِ ٳِذۡهُمَا فِى ٱلۡغَارِ

Maksudnya: ….. Sedangkan dia salah seorang daripada dua orang ketika kedua-duanya berada di dalam gua.
Peristiwa hijrah ini terjadi setelah pihak Musyrikin merancang untuk membunuh Rasulullah s.a.w. menahan atau menghalaunya. Lalu Baginda keluar dari rumahnya pada malam 27 Safar selepas 14 tahun kenabian iaitu bersamaan 12/13 September 622M. Pemergian Rasulullah s.a.w ini telah ditemani oleh sahabatnya yang setia iaitu Abu Bakar Al-Siddiq r.a. mereka bersembunyi di dalam gua tersebut selama tiga hari sehingga orang-orang kafir Quraisy yang mengejar mereka mengaku kalah kerana tidak dapat mengesannya dan kembali semula ke Makkah.

Setelah itu, mereka meneruskan perjalanan ke Madinah. Ketika bersembunyi di situ (gua Thur), Abu Bakar berasa bimbang jika ada orang yang akan menjumpai mereka dan membunuh Rasulullah s.a.w tetapi baginda telah menenangkan Abu Bakar.

Diriwayatkan daripada Anas bahawa Abu Bakar menceritakan “Aku bersama Rasulullah di dalam gua dan aku dapat melihat kaki pihak Musyrikin. Aku berkata” Wahai Rasulullah jika salah seorang daripada mereka mengangkat kakinya nescaya mereka akan dapat melihat kita.” Lalu baginda bersabda:

“wahai Abu Bakar, apakah yang kamu fikirkan tentang dua orang apabila Allah merupakan pihak ketiga bersama mereka?
Setelah tiga hari berada di dalam gua, barulah mereka keluar untuk meneruskan perjalanan ke Madinah dengan maniki unta yang dibawa oleh Abdullah bin Uraiqit di atas arahan Abu Bakar. (Abdullah ketika itu masih lagi tidak memeluk Islam, tetapi dia adalah orang yang dipercayai oleh Abu Bakar)
Maka pada malam Isnin awal bulan Rabiulawal iaitu tahun pertama Hijrah bersamaan 16 September 622H rasulullah dan Abu Bakar serta Amir bin Fuhairah (penggembala kambing Abu Bakar) bertolak ke Madinah dengan Abdullah bin Uraiqit berperanan sebagai penunjuk jalan bagi mereka.

Peristiwa nabi Muhammad s.a.w bersama Abu Bakar as-Siddiq r.a. di gua ini diabadikan Allah di dalam Al-Quran:
“Sekiranya kamu tidak menolongnya (Muhammad), maka sesunggungnya Allah telah menolongnya, iaitu ketika orang kafir (musyrikin Makkah) mengeluarkannya (dari kedua-duanya berada dalam gua, diwaktu dia berkata kepada kawannya,’janganlah Engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita.’ Maka, Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” ( Surah at-Taubah: 40 )

Ayat di atas mengisahkan antara peranan lain yang telah dimainkan oleh Gua Thur dalam perjalanan Hijrah Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah. Gua inilah tempat nabi bersembunyi dari kejaran kaum Musyrikin Makkah. Di sini juga Allah telah menunjukkan kebesaran-Nya dan membela Rasul-nya dengan menempatkan labah-labah di mulut Gua Thur itu sehingga dengan adanya labah-labah yang menjaringkan rumahnya di pintu gua. Orang-orang yang mengejar Nabi Muhammad dan Abu Bakar menyakini bahawa tidak ada orang di dalamnya. Maka terlepaslah Nabi Muhammad dan Abu bakar dari kejaran orang Musyrikin Makkah. Menurut riwayat yang lain, kedua-dua Gua Thur didiami oleh labah-labah dan burung merpati.

Pada malam seterusnya Nabi Muhammad dan Saidina Abu Bakar telah tidur dalam gua, Nabi telah membaringkan kepalanya diatas peha Saidina Abu Bakar. Saidina Abu Bakar membiarkan Nabi tidur diatas peha tidak meggerakkan kakinya sedikitpun kerana beliau tidak mahu mengganggu Nabi tidur. Tiba-tiba tapak kaki Saidina Abu Bakar yang dikujurkan itu telah dipatuk oleh ular berbisa. Dalam menahan kesakitan dan kepedihan yang amat atas patukan Saidina Abu Bakar telah menitiskan air matanya, airmatanya telah menitis jatuh ke pipi Rasulullah, lalu membuatkan Rasulullah terjaga dari tidur. Melihat Saidina Abu Bakar menangis, Rasulullah terus bertanya mengapa beliau menangis, Saidina Abu Bakar memberitahu bahawa kakinya telah dipatuk ular sehingga beliau tidak dapat menahan kesakitan akibat patukan itu. Mendengar jawapan itu, Rasululah terus meludahi kesan patukan dan mengusapnya, maka secara langsung kesan patukan hilang serta-merta dan tiada lagi rasa sakit. Kerana mukjizat Rasul suci itu mereka berdua bersyukur atas rahmat Allah.

Terdapat tiga binatang yang memainkan peranan ketika Rasulullah dan Abu Bakar berada di situ iaitu labah-labah, burung merpati dan cicak. Ketika itu orang-orang Quraisy telah bergerak menuju ke gua tempat sembunyi. Lalu orang-orang Quraisy itu terdengar bunyi bising cicak yang datang dari arah gua. Beberapa orang Quraisy mula syak bahawa adanya orang didalam gua tersebut. Nabi telah membaling batu ke arah cicak, dan langsung cicak itu mati. Orang Quraisy tetap datang menaiki gua itu, tetapi kemudian ada yang turun kembali dan berbicara antara sendiri. “Kenapa kau tidak menjenguk ke dalam gua?” tanya kawan-kawannya. “Ada sarang labah-labah di tempat itu, yang memang sudah ada sejak sebelum Muhammad lahir,” jawabnya. “Saya melihat ada dua ekor burung merpati hutan membuat sarang di lubang gua itu. Jadi saya mengetahui tak ada orang di sana.”

Jabal Tsur & Gua Tsur image
I BUILT MY SITE FOR FREE USING