Gua Hira (Bahasa arab - غار حراء, Ġār Ḥirāʾ) ialah sebuah gua yang terletak kira-kira 2 mi (3.2 km) dari Makkah, di atas sebuah gunung bernama Jabal Nur di wilayah Hijaz di Arab Saudi. Gua itu sendiri berukuran 12 kaki (3.7 m) panjang dan 5 kaki 3 inci (1.60 m) lebar. Tinggi gua itu ialah 270 m (890 kaki) dan boleh didaki dengan kira-kira 600 anak tangga. Letaknya pada tebing menanjak yang agak curam walaupun Jabal Nur tidaklah terlalu tinggi. Namun begitu, pendakian menuju ke Gua Hira melalui jalan lereng-lereng Bukit yang kering dan berbatu, setiap orang haruslah memiliki kekuatan fizikal dan mental yang kuat.
Gua ini adalah tempat nabi Muhamamd menerima wahyu yang pertama daripada Allah melalui Jibril. Disini adalah tempat baginda selalu menyendiri dan bermunajat selain bertahannuth dan bertaqarrub kepada Allah selama 3 tahun. Baginda juga selalu ke situ bagi menghindari masyarakat Arab jahiliyah yang ada pada saat itu masih belum beriman kepada Allah dan sering melakukan maksiat dan dosa-dosa besar.
Ini adalah tempat dimana Rasulullah S.A.W telah menyendiri dan beribadat sebelum dilantik menjadi nabi dan rasul. Gua ini pintunya menghadap ke arah utara. Seseorang yang berada di dalam gua ini akan dapat melihat kaabah. Cara untuk seseorang itu memasuki gua ini adalah dengan cara menyusup di antara dua batu yang lebarnya sekitar 60 cm. Gua ini tidak terlalu besar, panjangnya hanya tiga meter lebih kurang 1.3 meter dengan ketinggian sekitar 2 meter. Gua ini hanya muat untuk dua orang menunaikan solat. Terdapat satu teras (bendul) batu di bahagian kanan gua yang boleh digunakan untuk seseorang bersolat secara duduk.
Kelebihan Gua Hira- Gua ini adalah tempat Rasulullah bersendiri dan beribadat sebelum baginda diangkat menjadi rasul dan nabi.
- Allah memuliakan gua ini dengan menjadikan tempat Rasulullah S.A.W beribadat dan tempat turunnya wahyu yang pertama tidak dimiliki oleh bukit-bukit yang lain.
Aisyah r.ha. berkata:
“ keadaan Rasulullah s.a.w pada permulaan mendapat wahyu ialah melalui mimpi yang benar dalam tidur. Baginda dapat melihatnya dengan jelas seperti bermulanya waktu Subuh ,kemudian baginda suka bersendirian”. Rasulullah s.a.w mula bersendirian di Gua Hira untuk beribadat (tidak ada ulama yang menceritakan apakah bentuk atau jenis ibadat yang dilakukan sebelum turunnya wahyu). Beberapa lamanya baginda berada di sana sehinggalah kebenaran wahyu datang kepadanya ketika baginda berada di dalam gua itu.
Baginda bersabda:
“malaikat datang dan berkata,”Bacalah!. Dan aku berkata: “Aku tidak tahu membaca”. Jibrail lalu memelukku dengan begitu kuat sehingga aku tidak tertahan lagi.kemudian dia melepaskan aku dan berkata lagi “Bacalah. Aku terus berkata: “Aku tidak tahu membaca. Dia sekalai lagi memelukku dengan begitu kuat sehingga aku tidak tertahan lagi. “Aku tidak tahu membaca. Untuk kali ketiga dia memelukku dengan begitu kuat sehingga aku tidak tertahan lagi. Lalu dia melepaskan aku dan berkata:
ٱقۡرَأۡ بِٱسۡم ِرَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ ١ خَلَقَ ٱلۡإِنسَنَ مِنۡ عَلَقٍ٢ ٱقۡرَأۡوَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ٣
Maksudnya
: bacalah dengan nama Tuhanmu yang mencipta (semua makhluk). Dia menjadikan manusia daripada tanah liat. Bacalah! Dan Tuhanmu adalah Yang Paling Mulia. (Surah Al-Alaq:1-3)
Rasulullah s.a.w kembali ke rumahnya bersama wahyu tersebut dengan hati yang berdebar dan ketakutan. Khadijah r.ha. iaitu isteri baginda telah menenangkannya.