Marwah ialah sebuah bukit kecil yang terbina daripada batu apai atau geretan, iaitu sejenis batu putih yang keras. Ia terletak kira-kira 300 meter kea rah timur laut dari Rukun Syami di Kaabah. Bukit ini menjadi tanda tempat berakhirnya saie di sebelah utara dan merupakan salah satu daripada syiar-syiar (tempat-tempat melakukan ibadat) haji.
Inilah bukit kedua tempat Siti Hajar iaitu ibu kepada Nabi Ismail A.S berlari-lari mencari air, sebelum adanya telaga zam-zam.
Allah S.W.T telah berfirman:
ٳِنَّ ٱلصَّفَا وَٱلۡمَرۡوَةَ مِن شَعَآٮِٕرِ ٱللَّهِ
Ertinya: “Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian daripada syiar Allah.
(Surah Al-Baqarah : 158)