Perkuburan Ma'la image
PERKUBURAN MA'LA

Perkuburan tertua di kota Mekah terletak di sebelah Timur Masjidil-Haram yang juga dikenali Jannatul Al-Mu'alla dan Pemakaman Hajun ( حجون ) . Bagi orang Iran dikenali dengan nama Pemakaman Abu Thalib yang dahulunya terletak di kaki bukit Hajun dan hari ini terletak di Timur Mekah di dua jalan bercabang ke Masjidil-Haram dan Gunung Al-Hajun. Ma'la juga adalah tanah perkuburan Bani Hasyim yang terdapatnya makam Abdul Mutalib, datuk Nabi Muhammad S.A.W. , pakcik saudaranya iaitu Abdul Thalib

Daripada Ibn Abbas r.a katanya : Nabi S.A.W., bersabda

نعم المقبرة هذه

Maksudnya : " Sebaik-baik perkuburan ialah perkuburan ini ".
Kata Ibn Juraij, "Yakni Perkuburan Ma'la". 

Di sini juga dimakamkan Siti Khadijah binti Khuwailid, isteri Nabi Muhammad S.A.W. yang pertama , Abdullah bin Zubir dan ibunya Asma' binti Abu Bakar As-Siddiq, para sahabat, tabi'in dan lain-lainnya. Serta, ramai kalangan sahabat, generasi selepasnya, para ulama dan orang-orang beriman yang dikebumikan di pemakaman ini. Tidak diketahui lokasinya secara pasti mengenai makam para sahabat, dan makam Khadijah binti Khuwailid r.a.. Hal ini hanya diketahui melalui perkhabaran hadis yang dhaif. Allah sajalah yang Maha Mengetahui.

Azraqi juga pernah berkata bahawa orang-orang di Makkah biasa mengebumikan jenazah kaum kerabat mereka di dua sisi lembah Yummah dan Syammah. Kedua-duanya dilakukan pada masa jahiliah dan selepas datangnya Islam. Al-Azraqi menceritakan bahawa datuknya pernah berkata:

                   " Kami tidak tahu sesuatu lembah di Makkah yang berhadapan dengan Kaabah, kecuali lembah pemakaman ini yang seluruhnya menghadap ke Kaabah.".
I BUILT MY SITE FOR FREE USING