Jika ianya dilihat dengan mata kasar, Jabal Rahmah hanyal sebuah tugu persegi empat setinggi 8 meter. Namun begitu, jika kita lihat dari sudut yang lain, Jabal Rahmah yang berketinggian kira-kira 70 meter ini telah terjadinya 3 peristiwa Islam. Bukit “Kasih Sayang” adalah istilah biasa orang menggambarkan Jabal Rahmah
Pertemuan Nabi Adam dan Siti Hawa.
Sepertimana yang kita tahu kisah Nabi Adam dan Siti Hawa yang diusir dari Syurga Allah turun ke bumi. Begitu dengan penyesalan Nabi Adam ketika ia diturunkan ke bumi, di tempat yang terpisah dengan isterinya. Sesetengah riwayat meriwayatkan bahawa mereka terpisah selama 5000 tahun, ada yang meriwayatkan 300 tahun da ada juga yang meriwayatkan mereke berpisah selama 40 tahun.
Setelah sekian lama mencari, dengan petunjuk Allah SWT dan bimbingan daripada Malaikat Jibril, Nabi Adam dan Hawa akhirnya dipertemukan di Jabal Rahmah yang terletak di sbelah timur Padang Arafah sekitar 20 km dari pusat kota Makkah. Jabal yang membawa erti “Bukit” atau “Gunung” sedangkan Rahmah adalah “Kasih Sayang”.
Itulah monument cinta pertama peradaban kemanusiaan yang disimbolkan dalam bentuk tugu di Padang Arafah. Pertemuan mereka di Padang Arafah ini kemudian menjadi puncak ibadah haji di mana seluruh umat muslim berkumpul dan berdiam diri di sana pada tarikh 9 Dzulhijjah.
Setelah dipertemukan Nabi Adam dan Siti Hawa, Nabi Adam membina keluarga dan melahirkan 20 pasang kembar putera dan puteri. Anak Nabi Adam yang sering disebut antaranya ialah Qabil dan Iqlima serta Habil dan Labuda. Saat keempat anaknya ini dewasa, Nabi Adam mendapat petunjuk dari Allah untuk menikahkan anak-anaknya secara bersilangan iaitu Qabil dengan Labuda dan Habil dengan Iqlima. Tetapi Qabil menolak Labuda kerana Iqlima lebih rupawan.
Atas petunjuk Allah SWT, Nabi Adam menyuruh kedua puteranya untuk berqurban. Dan barangsiapa qurbannya diterima oleh Allah, maka dialah yang berhak memilih jodohnya. Habil kemudiannya mempersembahkan kambing kesayangannya, sedangkan Qabil menyerahkan sekarung gandum yang busuk. Maka Allah SWT menerima qurban Habil. Namun Qabil memberontak lalu membunuh Habil.